Friday, September 12, 2008

Bedah hari tu...

Hari ni last MC yang doktor kasi, Isnin mula balik keje. Cukup 21 hari hospitalisation leave. Bagus tul Dr Lim. Thank you! Hysterectomy yang agak bukan minor pun cuma 1-2 day hospital stay and two weeks recovery. Aku punya minor operation pulak dapat three weeks. Kekeke..!!

...
Pagi 25 Aug tu, lepas register untuk admission, terus masuk wad. Ward 4B, bed 445. Two bedded room. Misi ambik butir2 diri, berat badan, last makan pukul berapa, sakit keturunan semua, salin baju, pastu Pakar bius datang... Anaesthetist Dr Suraiya dengan assistant dia. Dia bagi consultation lebih kurang berkenaan General Anaesthesia. "As a specialist I would suggest you to go for spinal, separuh badan, but you are young, no health problem, we have no problem if you insisted for GA". Terus aku refer kat Jijah since dia ada kat dalam bilik ward tu. Dr Suraiya kata buat apa tanya dia, dia tak tahu. Then Jijah pun mengaku le dia anaes kat Hosp Sungai Buluh.

Aku cakap kat doktor, aku takut. Tak nak la sedar masa operate tu, doktor kata jangan risau, kita semua professional. Then dia tinggalkan aku ngn Jijah utk discuss. Doktor kata kat bawah nanti masih boleh tukar fikiran. At the moment, aku nak GA la.

Jijah kata untuk minor procedure camni, orang amik spinal je. Lagipun ubat bius tu tahan enam jam. Kalau GA, lepas bedah je terus hilang ubat bius dia. Bila hilang, nanti sakit. Spinal tu akan kebaskan kita, kita tak rasa apa-apa. Tapi aku gelabah jugak. Hairil kata GA tu bergantung kat orang, setengah orang it takes time to become fully unconscious. Kalau org tu melawan, boleh ambik masa sejam. Sebab doktor akan masukkan tiub dalam salur pernafasan untuk bernafas melalui mesin. Then, oklah... Spinal.

Naik atas katil sorong tu baring, misi tolak masuk lift sampai turun kat bilik persediaan, Jijah dah tak masuk la kat bilik bawah tu. Jumpa Dr Suraiya aku bagitau dia aku agree untuk Spinal. Tapi boleh tak kasi saya lalok sebab saya takut. Doktor kata takde masalah. Ada tiga pakar bius kat area tu, dengar Dr Suraiya cakap kat diorang, "Her sister is an anaes at Sungai Buloh, she managed to convince her to go for Spinal. Patient insists for Spinal and we'll give her sedation."

Then aku sign consent untuk diberikan bius. Doktor yang amik consent tu Dr Zulkifli, pakar bius jugak, dia tanya aku, kakak ke anaes kat Sg Buloh tu? No, adik.. Dia dah pakar ke? Belum... aku geleng.

Then diorang sorong aku masuk Operation Theater. Sebijik cam dalam drama. Takutnya! Bilik bedah tu agak luas, satu je katil, atas ada lampu yang besar, sejuk nak mampus.

Doktor ngan assistant assistant dia busy busy ngan barang-barang. Dr Lim masuk lambat sikit, sempat berlawak lagi. Then Dr Zulkifli picit picit tangan kanan aku, nak cari vein untuk masukkan tube. Dia tanya aku kidal ke sebab tak jumpa vein. Sejuk doktor. Dia inject tu sakitlah sikit, tapi sikit je. Dia banyak baca bismillah. Dr Zul ni hensem, ada rupa cam Ezam sikit (not that I like him nor Ezam), Dr Suraiya cam Ustazah Syarifah Hayaati penceramah ehwal Islam, both are UKM graduates --bangga!

Then diorang suruh aku bangun duduk, then tunduk abis untuk inject Spinal pulak. Takde la sakit sangat tapi takut, then diorang tanggalkan lengan kiri dress aku, tak ingat pulak bila masa dia inject. Sebelum dia angkat kaki untuk Lithotomic position, aku dah tak sedar apa apa. Last aku nampak jam, pukul 10:30 pagi.

Sedar sedar aku dah dibawa ke recovery room. Tak rasa apa2. Tengah lalok lagi, tapi dalam samar samar tu nampak la jam pukul 11:30 pagi. Sejam! Kat recovery room tu, diorang put up something to keep me warm. Aku tak rasa apa-apa. Dalam 10 minit lepas tu diorang sorong aku keluar. Nampak la Jijah, mak & Hairil. Aku cakap something kat Jijah dia tak dengar. Masa kena sorong tu memang teringatlah drama drama tv, hehehe.. sejibik!

Sampai kat ward aku dah ok. Kaki dah boleh gerak, lunch pun diorang hidangkan. Dari semalam tak makan ni, Jijah kata kalau boleh bangun, bangun, makan. So aku makan...
Then Jijah ciao ngn mak sekali. Dok la tengok tv. Misi kata duduk dalam sehari dua. Kat bawah ni benda yang dikeluarkan. Benda ni takde la menyakitkan sangat, tapi luka kat kulit tu yang ye.. ngeri kalau diingatkan. **Photo dah dibuang atas sebab2 keselamatan.





YouTube video

Tengoklah video kat atas ni, bukanlah rakaman pembedahan aku hari tu. Tapi lebih kurang beginilah keadaannya kot. Jumpa pulak bila cari stapled haemorrhoidectomy kat YouTube.



Lebih kurang pukul 1:00, Bi sampai dengan K.Gie & Rachel. Diorang ni semua colleague kat Toyota. Aku tengah ok masa tu, dapat la sembang2, tapi masih terlantar. After a while, aku sedar dari tidur. Tengok jam pukul 3:30. Aku rasa sakit sangat. Teringat Jijah kata kalau Spinal, ubat dia tahan 6 jam. Ini kesan bius dah habis la ni.

Sakit teramat sangat, aku tak tahan, aku nangis panggil nurse. Dua tiga orang nurse lari lari datang, then sorang inject ubat kat pinggul. Aku pengsan balik. Tapi tak lama, pukul 4 lebih aku sedar balik, rasa nak muntah sangat, earlier misi ada kata kalau nak pergi toilet bangun la sendiri, so aku bangun, dengan kepala pusing gagahkan jugak ke toilet. Aku uwek kat situ, ngn terberak sekali. Tube kat tangan yang masuk air tu pulak dah kehabisan air. Darah mengalir keluar tube, panic laa aku. Aku balik ke katil, berdarah darah bed sheet. Baru aku perasan doktor bubuh dressing kat area tu. Kotor habis semua. Misi bersihkan bed ngn that area. Aku baring balik. Sepanjang panjang tu aku nangis. Nangis real punya la... sakit tu! Aku mintak ubat tahan sakit lagi, diorang tak kasi, takut overdose katanya.

Sampai la ke malam aku menahan... nangis la sorang2. Rasanya orang katil sebelah masuk masa aku tengah nangis. Doktor Lim naik ngn assistant dia tengok aku, tenangkan aku. Masa doktor datang tulah Irene sibuk call buat lawak, baby boy ke girl! Irene secretary boss. Aku struggling dia buat lawak pulak. Rupanya malam tu aku dapat bunga ngan buah dari Toyota. Masa tu Yong & mak ada datang. Nangis la kat mak, sakit!!! (Dah balik rumah, mak kata muka aku pucat masa tu)
Aku memang jenis tak tahan sakit la.. I wonder those who went under major procedure tu camane agaknya diorang rasa bila ubat bius hilang, yang bedah kat perut, kat jantung, kat kepala.. huhuhu!! Moral of the story, if you could opt not to go under surgery, just don't go for it. It's damn painful. (Tapi aku takde pilihan, sengsara tahan rectal bleeding!)

Every few hours, nurse datang ambik blood pressure. Setiap bacaan rendah sesaje. One of the readings sampai serendah 97/54. Jijah kata aku memang darah rendah. Orang normal 110/70.

...
Selasa pagi Dr Lim datang check. Aku mintak ubat kasi berak sebab tak tahan la perut dah buncit tapi tak dapat berak. Doktor tak kasi, dia kata nanti lagi sakit, makan buah banyak banyak. Dia nak aku berak cara natural. Sakit lah!! (Before operate doktor ada kata kesan bedah ni akan rasa kerap nak ke toilet tapi takde apa2. Betullah, sampai hari ni still rasa yang sama.)
Hari Selasa tu Nuzai datang, officemate datang. Yong ngan Takni ngan budak budak pun datang. Usop ngn Fazilah pun. Jijah kat Tg Karang. Esoknya she'll be off to Cameron for honeymoon.

...
Rabu Dr Lim check lagi, dia kata tinggal hospital lagi satu hari, sebab kat rumah tak convenient cam kat sini. Dok la terlantar tengok tv. Yang syok tu part tunggu meal dihantar, brother yang hantar makanan tu hensem, hehehe..!! Syifa pun kata, sib baik syifa sempat lawat aku Rabu malam tu, last. Sebab Khamis dah boleh balik. Dah nak tidur, sekali Aziz datang, baru nak sedih, tak jadi sedih, dpt tengok Fuad & Fuadah.

...
Khamis, Dr Lim check dan kasi discharge.
Masa sign borang tu sempat peek and see the total cost is around RM5,910++
Moral of the story, if you could opt not to.....just don't! Kalau company tak tanggung, abih aa saving. Itu termasuk 4 hari stay kat ward. Huhuhu!

Doktor also kasi hospitalisation leave from 25/8 to 10/9. Come back for check up on the 10th.

...
Aku dah ready untuk keje on the 11th. Sekali gi check balik ngan doktor, doktor kata masih bengkak lagi, doktor kasi ubat forlax untuk lembutkan najis dan Daflon cukup sampai akhir tahun, MC lagi dua hari.

Dr Lim memang bestlah, dia sentiasa tersenyum, suka cakap melayu, pastu semuanya takde masalah, awak jangan khuatir. Takde masalah.
Thank you doktor.

Sekarang dah tak sakit lagi.