Pukul 4:30 pagi tadi Mak tetiba kejut kami dalam bilik kata beg Yong kena kebas, handphone Mak kena curi... Yong lekas lekas telefon 999. Bawak torchlight nak carik perompak tu.
Mira kata dia nampak orangnya, orang tu pun nampak dia. Bila nampak dia terus lari kuar kot tingkap. Bila Yong pusing satu rumah, Yong kata tingkap bilik aku terbuka. Aku check selak kunci tu memang kena umpil.
Satu lagi tingkap kat bilik Takni pun kena umpil. Rupanya dia try bilik aku dulu, tapi tak masuk sebab Yong tengah jaga ngan laptop dia. Imagine kalau aku tido sorang malam tu.
La hau la wala quwwata illa billahi 'aliul 'azim. Aku tak mampu membayangkannya. Aku hanya mampu bersyukur pada Tuhan kerana melindungi aku dan seluruh keluarga dari ancaman nyawa pagi tadi. Perompak perompak tu pergi macam tu je.
Kesian Yong la baru kuar duit seribu & Takni sebab bilik dia kena masuk. Kemungkinan 2 orang atau lebih yang masuk tu.
Yang aku kesal sekali, 999 tak membantu, dekat sejam tunggu takde pun polis datang. Yong kata polis reluctant, polis kata Jalan Kebun ni bukan area balai dia. Dia suh tepon nombor lain. Aku teringat aku ada nombor balai Shah Alam. Sepuluh minit lepas aku call baru la polis datang. Boleh ke camtu? Aku rasa dia datang pun buat syarat je.
I am still traumatized....