Tuesday, July 24, 2007

Komuniti Muslim di Britain: Islam tetap di hati

Sesuatu yang menarik bila terbaca artikel oleh Jon Snow di TimesOnline "Muslim integration has come to a halt". Snow menjelajah Britain mencari bahan untuk filemnya mengenai kontroversi yang dihadapi Britain hari ini: to what extent do Muslims pose a threat to Britain and its values?

Rupa-rupanya komuniti Muslim di Britain masih kuat berpegang pada ajaran Islam. Kalau biasanya orang ingat, bila dah jadi pendatang di UK, generasi kedua dan seterusnya cenderung untuk jadi sekular, kajian Snow menunjukkan sebaliknya. Generasi Muslim di Britain sekarang lebih kental rasa Islamnya dan makin kurang sikap keterbukaannya terhadap perkara perkara yang menyentuh sensitiviti Islam.

Snow membandingkan kajiannya dengan penyelidikan awal yang dijalankan Profesor Tariq Modood dari University of Bristol sebagai bukti bahawa Muslim di Britain semakin terpisah daripada kelompok bukan Muslim. Bahkan Modood menyangkal bahawa orang yang berpegang teguh pada agama hanya datang daripada kawasan terpencil, kurang pendidikan dan berfikiran sempit. Snow dalam artikel ini menyatakan Modood ada fakta yang menunjukkan pelajar pelajar universiti dan mereka yang berpendidikan tinggi berfikiran sama. Mereka memanfaatkan pendidikan bertaraf dunia dari universiti universiti terkenal Britain dan dalam masa yang sama kekal berpegang pada fahaman Islam.

Sejumlah besar pemuda Muslim di Britain, sambung Snow, tidak menerima kebebasan bersuara yang sampai menghina agama Islam. Mereka memilih hidup berlandaskan undang-undang syariah dan garis panduan yang ditetapkan Al-Quran. Salah seorang Muslim yang ditemui Snow mengatakan demokrasi bukan suatu sistem yang berkesan. Katanya undang-undang ciptaan manusia bukanlah jawapan kepada sistem yang adil.

Snow dalam kesimpulannya tidak melabelkan kelompok Muslim yang ditemuinya sebagai pelampau agama. Dia melihat Muslim di Britain lebih cenderung kepada pengasingan akibat kesan yang menimpa saudara seagama di timur tengah. Melihat pembunuhan kejam ke atas mangsa perang yang menyayat hati, Muslim diseluruh dunia berpendapat kerajaan British bersekongkol menyisih dan memberi layanan buruk kepada umat Islam.

Artikel Snow di atas sangat relevan dengan perasaan saya semasa menulis tentang pengalaman tragedi 7 Julai di London. (Cuba baca keseluruhan artikel beliau). Posting saya yang sebelum ini ialah perasaan seorang awam yang seumur hidupnya tidak pernah terancam. Saya tak sepenuhnya menyalahkan attackers. Macam Snow kata... "In our sample, almost one in four said the July 7 bombings were justified in the light of Britain’s support for the war on terror". Bukan juga saya nak berkongsi dengan musuh Islam remembering something significant to them. Sebenarnya seronok merasa pengalaman macam tu. Berapa ramai yang berpeluang kan?

Ia mengingatkan saya untuk cuba gambarkan perasaan penduduk Iraq dan Palestin yang setiap masa berdepan ancaman bom. Kenapa ujian Allah buat mereka sangat berat. We, who live on the other side of the world or wherever we do are not more deserving than them.

Kalau dapat join MERCY bagus kan. Macam yang saya dengar, classmate form five saya
Dr Munawwar Mohamed Hatta ada joined sometimes back (ye ke? ye kot). Adik saya ada terfikir nak apply. Itu baru betul betul strong. Kena kuat tu nak tinggal kat medan perang.



* * *
Hmmm....
Komuniti muslim di Britain...
boleh dipertimbangkan ni, untuk settle kat sana.

1 comment:

  1. Suka dengan penulisan fidah! Keep it up! ;)

    ReplyDelete