... Tidak lama kemudian, Puan MacGillivray, setelah cukup lama bermesra dengan tetamu-tetamu di kumpulannya, meminta diri, dan bergerak pula ke kumpulan suaminya yang ketika itu sedang berbincang darihal bendera baru Persekutuan Tanah Melayu.
Novel oleh Shaari Isa ini menggambarkan masyarakat Tanah Melayu di sekitar tahun 1954 hingga 1957 iaitu suasana ketika negara hampir mencapai kemerdekaan. Corak kehidupan lima golongan anggota masyarakat waktu itu diceritakan dengan amat teliti. Golongan tersebut adalah pentadbiran British, pejuang kemerdekaan, anggota tentera, rakyat jelata dan pengganas komunis.
Gambaran kehidupan rakyat ketika itu dengan jelas dapat saya rasai apatah lagi latarbelakang cerita adalah sekitar Kampung Bharu, tempat saya membesar dan bersekolah. Padang Kelab Sultan Sulaiman adalah betul betul di hadapan sekolah saya, Sekolah Menengah Puteri Wilayah. Saya mula mengenali novel ini lama dulu, sebaik habis persekolahan, kalaulah saya baca dari awal, tentu saya cemerlang dalam matapelajaran sejarah. Menduduki SPM di KISAS, saya cuma lulus sejarah dengan P7. Sekarang baru ada rasa patriotik.
Sangat digalakkan sebagai bahan bacaan untuk remaja di alam persekolahan.
Kenapa tiba tiba nak tulis pasal novel ni? Sebab masa tengah tengok berita kat RTM1 tadi, ada sedutan drama adaptasi novel ni. Jadi, terus tulis....
No comments:
Post a Comment